Friday 13 March 2015

Kisah Usahawan Yang Berjaya- Tony Fernandes

Biodata
Nama:          Tan Sri Tony Fernandes
Umur:            51 tahun
Tarikh lahir:   30 April 1964
Asal:              Kuala Lumpur 
Jawatan:        Pengasas dan pengerusi Air Asia

Sebab-sebab saya memilih usahawan ini:
 Saya memilih Tan Sri kerana kisah hidup atau pengalaman Tan Sri yang menarik. Tan Sri menggunakan RM 1 untuk mengambilkan syarikat penerbangan yang berhutang banyak dan mempunyai rekod yang buruk. Pada masa berkenaan, banyak pakar mempertimbangkan rancangan perniagaan Tan Sri yang menawarkan tiket yang harga rendah ( low cost) ialah perniagaan yang tidak berjaya dan rugi. Tetapi, Tan Sri tidak peduli andaian yang diberikan oleh pakar dan meneruskan konsep Tan Sri yang ingin membantu golongan yang tidak mampu membeli tiket kapal terbang yang mahal. Akhirnya, Tan Sri telah menunaikan impian iaitu semua orang boleh terbang sekarang ( Now everyone can fly). 

Latar Belakang 
Tony Fernandes yang kini berusia 51 tahun,  dilahirkan pada 30 April 1964 kepada suatu keluarga campuran Portugis  Goa (India) dan Portugis Melaka. Bapa beliau bernama  Dr. Stephen Edward Fernandes dan Ibu beliau, Ena Dorothy Fernandez. Semasa kecil beliau kerap kali mengikuti ibunya, seorang peniaga kecil kecilan, ke majlis-majlis para  peniaga tupperware. Dalam usia 13 tahun beliau  melanjutkan persekolahan di England  pada tahun 1977 dan seterusnya lulus di London School of Economics pada  tahun 1987.
Beliau mulai alam pekerjaan di Virgin Atlantic sebagai auditor, kemudian sebagai kontroller kewangan di sebuah syarikat dimiliki oleh Richard Branson, iaitu Virgin Record sehingga 1989.
Sekembalinya  ke Malaysia beliau dilantik sebagai pengarah urusan Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd.  Sewaktu bertugas di syarikat ini beliau berjaya mencetus suatu  ‘revolusi’ dalam muzik etnik, nasyid dan dangdut ke dalam arus perdana muzik tanah air. Beliau berkhidmat dalam kumpulan ini dari 1992 sehingga 2001, akhir sekali memegang jawatan vice  presiden kumpulan  bagi kawasan Asia Tenggara.

Air Asia

Apa yang amat menarik tentang biografi Dato’ Tony ialah penglibatan beliau sebagai penggerak utama dalam penubuhan dan operasi  Air Asia,  syarikat penerbangan tambang murah yang paling berjaya di Asia. Bermula dengan dua buah kapal terbang Boeing 737  yang  usang tatkala masih dimiliki kerajaan, kini kumpulan  Air Asia yang diterajui Tony Fernandes sejak tahun 2001  telah maju dari setapak ke setapak sehingga kini memiliki 62 buah kapal terbang dalam perkhidmatan dan 277 buah lagi dalam pesanan. Setelah kesemua kapal terbang ini beroperasi nanti, ini mungkin menjadikan kumpulan penerbangan Air Asia sebagai kumpulan penerbangan tambang murah yang terbesar di dunia.
Kini kumpulan Air Asia berkhidmat melalui  142 laluan dan 78 destinasi  dengan sejumlah 400 penerbangan sehari  di Asia, dan juga ke Australia dan Eropah. Dalam tahun 2011,  Air Asia telah menerbangkan sejumlah 30 juta penumpang dari pelbagai negara.
Jati diri Tony Fernandes
Kejayaan luar biasa  selalunya  di hasilkan oleh seseorang yang juga  mempunyai peribadi yang luar biasa yang membantu dalam  setiap langkah  yang dilalui. Pertama  sekali ialah wujudnya minat untuk berniaga yang perlu untuk mendorong seseorang ke arah itu. Dalam diri Tony Fernandes,  beliau banyak dipengaruhi oleh ibu beliau yang aktif dalam menjual tupperware ke serata tanah air. Bagi  Tony, ibu beliau adalah seorang wanita yang mengagumkan kerana kemampuannya  yang luar biasa dalam menjual barangan   kepada sesiapa sahaja. Justeru itu beliau banyak belajar dari peribadi ibu beliau yang ternyata begitu penting dikala mengharungi  alam perniagaan.Bapa beliau, Dr Stephen Edward Fernandes, sebaliknya amat berbeza daripada peribadi ibunya. Dr. Fernandes  memiliki sebuah klinik, tetapi tanpa keuntungan kerana terlalu bermurah  hati kepada setiap pesakit sehingga kerap kali memberi perkhidmatan dan  ubat secara percuma. Tony  sungguh tidak terpikat dengan cara bapa beliau berniaga.
Pada sekilas pandang memang  ada ciri ciri yang serupa  di antara  Tony dengan ayah beliau. Jika ayah beliau memberi keistimewaan kepada pesakit yang miskin, Tony juga memberi fokus kepada rakyat yang kurang mampu untuk membeli tiket penerbangan biasa. Tetapi bezanya, jika ayah beliau membantu pesakit dengan tujuan mengurangkan bebanan mereka, sehingga mengorbankan keuntungan, Tony  juga membantu rakyat yang tidak mampu membeli tiket kapal terbang, tetapi beliau tetap  terikat dengan prinsip perniagaan berasas keuntungan  dan lestari ( berkekalan).
Kemampuan beliau berkomunikasi, mempengaruhi orang  dan semangat yang kental amat mengagumkan dan merupakan satu ciri yang diwarisi dari ibu beliau.  Selain itu zaman persekolahan dalam usia yang sangat muda (umur 13 tahun) di sekolah berasrama di England, juga memberi kesan yang mendalam  kepada peribadi beliau. Di sana, berjauhan dari keluarga dan kampung halaman, membentuk nilai teras  dalam peribadi beliau, terutama kemampuan berkomunikasi dan berdikari dalam apa jua suasana.
Ibu beliau meninggal sewaktu Tony hanya berusia 15 tahun meninggal kesan yang mendalam kepada beliau. Ia meninggalkan kekosongan dalam hidup dan membantu dalam membentuk peribadi yang cekal dan  mampu berdikari di mana sahaja.
Jika di lihat dari segi kecenderungan usahawan mengambil risiko, Tony adalah contoh yang amat ekstrim. Beliau adalah seorang yang nampaknya hyperactive begitu fokus dalam melaksanakan perkara yang beliau minati, sehingga sanggup menggadai apa sahaja yang beliau miliki walaupun masih jauh daripada mencukupi sebagai modal syarikat.  Mungkin ini bukan suatu perkara yang menghairankan, jika yang diminati  itu matlamat yang biasa, tetapi untuk memiliki sebuah syarikat penerbangan sudah tentu bukanlah sesuatu dalam jangkaan untuk seorang yang tidak  memiliki modal yang cukup dan hanya berbekalkan minat dan semangat yang kental.
Sungguhpun demikian adalah kurang tepat menyatakan yang Tony bersikap reckless dalam membuat sesuatu pertimbangan kerana beliau tetap mementingkan soal keuntungan. Malah beliau  amat yakin  kepada soal potensi pertumbuhan yang tinggi dalam industri penerbangan di Asia sebelum menceburi sektor tersebut.
Bagi menentukan kejayaan,   sikap beliau yang fokus  kepada sesuatu projek adalah suatu ciri yang tepat dan dapat membantu mengurangkan risiko.  Beliau berkata, ” Saya bukanlah seseorang yang suka memulakan dua puluh benda dan  kemudian berharap tiga akan berjaya. Saya lebih berminat memulakan dua atau tiga dan tentukan ia berjaya, kemudian laksanakan usaha seterusnya”. Sikap ini biasa kita nampak ada pada usahawan terkemuka seperti Tan Sri Syed Mokhtar, Mydin, Tan Sri Azman Hashim,  Tan Sri Teh Hong Piow  di tanah air kita dan usahawan usahawan seperti pengasas Microsoft,  Apple, Facebook, Ford Motor Company, Honda Motors dan banyak lagi di arena global.

Cara cara Tony menempuhi Halangan
Kemampuan berkomunikasi timbul daripada personaliti yang yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi yang di asah semasa belajar dan berkhidmat di England dan di Kuala Lumpur. Selain itu beliau juga menunjukkan sikap minima  ego dan bersedia forgive and forget yang membolehkan beliau membuat pertimbangan yang terbaik untuk syarikat dalam sesuatu waktu.  Misalnya dalam berurusan dengan Kerajaan Singapura untuk mendapat kebenaran mendarat di sana beliau telah berhadapan dengan rintangan demi rintangan  yang berlarutan, yang biasanya melunturkan semangat orang biasa. Walaupun demikian beliau masih  boleh lagi berinteraksi dengan pegawai-pegawai kerajaan Singapura dengan baik, sambil  menganggap detik-detik pahit yang dilalui  hanya sebagai cabaran dalam mengembangkan laluan Air Asia. Kini Air Asia mengadakan 26 penerbangan pergi balik dari Kuala Lumpur ke Singapura sehari.
Sebelum itu, cabaran yang pertama beliau lalui timbul dari sikap masyarakat perniagaan Malaysia sendiri yang  bersikap sinikal terhadap rancangan beliau menubuhkan syarikat penerbangan. Perkara ini tidak melunturkan semangat beliau, malah dengan pantas, melalui Dato’ Pahamin Rajab, belia berjaya meyakinkan Tun Mahathir, Perdana Menteri ketika itu, untuk meluluskan rancangan beliau, mulai dengan cara mengambil alih syarikat penerbangan  Air Asia, sebuah syarikat yang nyata gagal dan dimiliki oleh kerajaan.
Setelah mulai berjaya dengan syarikat Air Asia, beliau mengalih fokus untuk menjadikan Lapangan Terbang Subang sebagai hub penerbangan tambang murah di rantau Asean. Beliau tahu ini satu perkara yang amat sukar diterima kerajaan kerana negara perlu mengukuhkan kedudukan KLIA yang baharu sahaja siap diketika itu. Tetapi Tony never takes no for an answer. Beliau menggunakan media massa untuk mempengaruhi masyarakat dan kerajaan. Akhirnya kerajaan bertegas menolak cadangan Air Asia demi kepentingan negara, tetapi dalam proses ini Tony berjaya mendapat laluan laluan udara yang baru serta mendapat LCCT yang baru di KLIA dengan kadar tariff yang berdiskaun. Ini  membantu Air Asia mengukuhkan daya saing  ketika berhadapan dengan Malaysia  Airlines dan syarikat syarikat penerbangan yang lain.
Demikian juga Tony menempuhi beberapa cabaran dalam usaha mendapat hak mendarat di lapangan terbang Bangkok, Jakarta, Hong Kong dan banyak lagi  sama ada di Asia ataupun  atau benua-benua lain. Namun nampaknya pengalaman di Singapura yang paling mencabar.
Mengikut buku The Air Asia Story ditulis oleh Sen Ze dan Jayne Ng, bagi Tony, kualiti seorang Usahawan yang paling penting ialah kecekalan atau dalam Bahasa Inggeris willing to never take no for an answer. Bagi Tony, “Berpeganglah dengan keyakinan anda. Jika anda terlalu mendengar kata orang lain, anda tidak mungkin dapat memulakan sesuatu. Sebab itulah  mereka  tidak menjadi usahawan. Orang yang memberi nasihat itu bukanlah usahawan. Jika tidak, sudah tentu mereka melaksanakan sendiri. Kita hanya perlu yakin dan laksanakannya”
Akhir sekali, anda  jangan lupa peranan pendidikan dalam membantu Tony dalam menjayakan kerjayanya. Beliau adalah seorang Fellow Member of Association of Chartered and Certified Accountants (ACCA) dan berkelulusan dari London School of Economics  




Kisah Usahawan Yang Berjaya- Neeta Gosalia





Nama : Neeta Gosalia
Umur: 38
Syarikat : Neeta’s Herbal (M) Sdn Bhd

Neeta Gosalia lahir di dalam kelaurga yang menginginkan anak lelaki. Anak ketiga daripada enam adik beradik perempuan ini dilahirkan di dalam keluarga Gujerati yang konservatif dan menganggap anak perempuan adalah bencana. Ini kerana, masayarakat Gujerati di Kuala Pilih, Negeri Sembilan ketika itu berpegang kepada prinsip hanya anak lelaki yang mampu menjaga keluarga dengan baik. Tetapi hari ini, keluarga Gosalia amat dikagumi dengan kejayaan anak-anak perempuannya terutama Neeta, yang telah memulakan produk rambut herba dan pusat penjagaan kulit sendiri. 

Dengan 23 cawangan si seluruh Malaysia dan 10 cawangan di luar negara, Neeta tidak pernah bersikap tamak dengan kejayaannya tetapi dia turut membantu adik beradik perempuannya yang lain sehingga masing-masing mempunyai taraf kedudukan kewangan yang kukuh. Ternyata, disebalik perwatakan wanita India yang cantik memakai sari dan sederhana ini, tersimpan kebijaksanaan yang menjadikan beliau usahawan yang sangat dikagumi masyarakat. 

Kebolehan Neeta ini diakui sendiri oleh bapanya melalui interaksinya meyakinkan pelanggan untuk membeli barangan kemas di kedai barang milik bapanya. Ayah Neeta mengakui lagi bahawa beliau tidak pernah menyesal mempunyai kesemua anak perempuannya kerana dia mendidik anak-anaknya secekal anak lelaki. Bercerita mengenai idea untuk menghasilkan ramuan herba ini, Neeta mengimbas kembali bagaimana beliau sendiri mengalami masalah keguguran rambut yang serius semasa umurnya 17 tahun. 

Bagi wanita India, keadaan ini bukan sahaja memalukan malah menimbulkan perasaan trauma. Kehadirannya ke Kuala Lumpur untuk menyampung pengajian di Tingkatan Enam menemukan beliau dengan suaminya, Visvalingam. Walau mendapat tentangan hebat dari kedua belah keluarga kerana perbezaan Karma, mereka akhirnya disatukan sebagai suami isteri. Hasil dorongan suami, beliau berangkat ke India untuk mendapat bantuan Pakar herba tradiotional di sana. Dia mula menumbuk dan menggunakan herba yang diberikan oleh pakar tersebut. Selepas sebulan, rambutnya mula tumbur dengan sihat dan ini menimbulkan minat yang mendalam pada dirinya untuk terus mengkaji herba tersebut. 

Dengan bantuan kewangan daripada suaminya, neeta mendaftar untuk kursus selama tiga tahun di Kolej Ayurveda di India. Setelah kembali ke Malaysia, dia dan Visvalingam membuka Neeta Herba di Brickfields, Kuala Lumpur. Neeta ketika itu baru berumur 21 tahun. Dua tahun pertama pembukaan Neeta’s Herbal, mereka hampir menutup perniagaan tersebut kerana tidak ramai yang menyedari keberkesanan produk ini. Kos untuk melalukan pemasaran ketika itu juga adalah tinggi. Wanita ini sungguh bernasib baik. Kehadirannya dalam Rancangan Nona yang disiarkan stesen penyiran ternama, TV3 telah melonjakkan nama Neeta’s herbal. Dari situ, Neeta dan suami menyedari betapa pentingnya pelan pemasaran yang baik bagi memastikan produk mereka dikenali. Semenjak itu, Neeta’s Herbal tidak pernah menoleh ke belakang lagi. 

Menjelang tahun 1991, Neeta dan suaminya memutuskan untuk mengembangkan perniagaan dengan membekalkan produk mereka ke kedai-kedai terpilih di di negara ini. Neeta seterusnya berjaya menembusi pasaran Amerika Syarikat dan United Kingdom dan membuka beberapa outlet di sana. Pada tahun 2007, sebuah outlet berjaya pula di buka di Hyderabad, India. Disebalik kejayaan ini, pastinya dorongan keluarga yang tidak terhingga menjadi tonggak utama bagi Neeta. 

Neeta kini bahagia bersama suami dan tiga anaknya dan jika ditaanya mengenai rahsia kejayaanya, dia menjawab, ‘Kejayaan di dalam perniagaan bukan hanya dikira berapa jumlah wang yang kamu perolehi atau sebesar mana perniagaan yang kamu miliki, tetapi bagi saya ia adalah mengenai keluarga yang sentiasa menyokong dan mempercayai kebolehan saya”


Kisah Usahawan Yang Berjaya-Dr Jannie Tay




Nama: Dato' Dr. Jannie Tay
Syarikat: The Hour Glass Limited


          Dato’ Dr. Jannie Tay adalah Timbalan Pengerusi, The Hour Glass Limited. Syarikat ini memiliki rangkaian butik yang memasarkan pelbagai jam tangan berjenama terkenal buatan Swiss. The Hour Glass diasaskan oleh Dr. Jannie dan suaminya bersama Metro Holdings di Singapura pada tahun 1979. Butik The Hour Glass kini terdapat di Malaysia, Hong Kong , Taipei, Australia, Indonesia, Thailand dan Jepun. Dr. Jannie Tay dilahirkan di Ipoh dengan nama asalnya, Chan Siew Lee. 
          Beliau adalah anak sulung daripada tujuh orang adik-beradik. Dibesarkan di sebuah kedai ubat milik datuknya, beliau mendapat pendedahan awal dalam perniagaan ketika mengikut bapanya menguruskan perniagaan ubat keluarga mereka. Ketika berusia 17 tahun, Dr. Jannie dihantar belajar ke Moreland High School di Melbourne. Setahun kemudian bapanya meninggal dunia. Beliau kemudian membawa ahli keluarganya berpindah ke Australia dan meneruskan pengajian di sana. 
          Pada tahun 1968 Dr. Jannie memperoleh ijazah sarjana muda dalam bidang fisiologi. Beliau melanjutkan pelajarannya ke peringkat sarjana dalam bidang farmakologi iaitu kajian tentang tindak balas ubat. Pada tahun 1969 Dr. Jannie bertemu jodoh dengan suaminya yang ketika itu sedang mengambil PhD di Australia. Apabila mereka kembali ke Singapura pada tahun 1971, Dr. Jannie bertugas sebagai pensyarah di Universiti Singapura. Kerjaya beliau berubah pada tahun 1973, apabila suaminya melanjutkan pelajaran semula dalam bidang perubatan. Dr. Jannie beralih tugas menjadi jurujual di Lee Chay & Company, sebuah syarikat jam tangan milik keluarga suaminya. 
         Beberapa tahun kemudian dia menguruskan cawangan syarikat itu di Colombo Court. Dr. Jannie menyimpan impian bagi memiliki butik jam tangannya sendiri. Impian itu tercapai pada tahun 1979 apabila beliau dan suaminya membuka The hour Glass, kedai mereka yang pertama di Lucky Plaza. Perniagaan itu berjaya dan berkembang daripada satu kedai menjadi sembilan buah kedai. Rangkaian butik yang mula bertapak di Singapura itu kemudian dibuka di beberapa negara lain. Pada tahun 1987, Dr. Jannie menceburi perniagaan baru dalam bidang hartanah di Golden Coast, Australia. Selama beberapa tahun, beliau membangunkan Oyster Cove iaitu projek pembangunan hotel, pusat peranginan, perumahan dan pusat perniagaan. 
         Pada tahun 2004, minat Dr. Jannie beralih kepada bidang makanan kesihatan dan beliau mula mengkaji cendawan lingzhi bersama pakar-pakar dari Negara China. Dengan latar belakang akademiknya dalam bidang farmakologi, Dr. Jannie dengan penuh yakin menceburi perniagaan baru itu dan membuka sebuah syarikat nutraseutikal, Scientific Tradition Pte. Ltd. Sehingga kini Dr. Jannie masih aktif dalam pelbagai perniagaan lain seperti restoran, koleksi seni dan antic. Selain suaminya, Dr. Henry Tay selaku pengerusi eksekutif, anak mereka, Michea Tay, turut menguruskan The Hour Glass . Dr. Jannie yang berjaya mencapai impiannya satu demi satu berpegang kuat kepada sikap positif dan yakin kepada diri sendiri. 
        Bagi memajukan dirinya, beliau tidak pernah berhenti belajar perkara-perkara baru di samping mengambil iktibar daripada kesilapan-kesilapan lalu yang pernah dilakukan. Sepanjang membina perniagaannya Dr. Jannie pernah melalui saat-saat getir dan ujian berat. Antaranya ketika baru menubuhkan The Hour Glass, anak beliau, Michelle yang pada masa itu beusia lapan tahun meninggal dunia. Tidak lama kemudian anaknya, Sabrina dilahirkan dengan pelbagai masalah kesihatan, antaranya rubella, mempunyai rekahan di langit-langit di dalam mulut dan jantung berlubang. Kekuatan minda dan sikap optimis Dr. Jannie menjadi pendorong dirinya supaya meneruskan kehidupan beliau dengan tabah. Kisah kehidupan Dr. Jannie ditulis Wong Wan Ling. Buku bertajuk Time To Live : Jannie Tay’s Journey itu diterbitkan pada tahun 2002. Kini ada usia 60-an, beliau banyak melakukan kerja-kerja amal. Dr. Jannie yang tinggal bersebelahan rumah dengan anak-anak gemar menghabiskan masa bersama cucu-cucunya.


         Saya memilih Dr.Jannie kerana beliau seorang yang tidak putus asa. Beliau telah menceburi pelbagai bidang perniagaan

Tuesday 18 March 2014

About Me


Name : Lakkhakna Kungsuwan A/P Inn
Nick Name : Naa 
Matric Number : 225425
Age : 20 Years Old
Address: Baling.Kedah
Current University : University Utara Malaysia
Course : Bachelor of Business Administration
E-mail : lakkhaknakungsuwan@rocketmail.com