Friday 13 March 2015

Kisah Usahawan Yang Berjaya-Dr Jannie Tay




Nama: Dato' Dr. Jannie Tay
Syarikat: The Hour Glass Limited


          Dato’ Dr. Jannie Tay adalah Timbalan Pengerusi, The Hour Glass Limited. Syarikat ini memiliki rangkaian butik yang memasarkan pelbagai jam tangan berjenama terkenal buatan Swiss. The Hour Glass diasaskan oleh Dr. Jannie dan suaminya bersama Metro Holdings di Singapura pada tahun 1979. Butik The Hour Glass kini terdapat di Malaysia, Hong Kong , Taipei, Australia, Indonesia, Thailand dan Jepun. Dr. Jannie Tay dilahirkan di Ipoh dengan nama asalnya, Chan Siew Lee. 
          Beliau adalah anak sulung daripada tujuh orang adik-beradik. Dibesarkan di sebuah kedai ubat milik datuknya, beliau mendapat pendedahan awal dalam perniagaan ketika mengikut bapanya menguruskan perniagaan ubat keluarga mereka. Ketika berusia 17 tahun, Dr. Jannie dihantar belajar ke Moreland High School di Melbourne. Setahun kemudian bapanya meninggal dunia. Beliau kemudian membawa ahli keluarganya berpindah ke Australia dan meneruskan pengajian di sana. 
          Pada tahun 1968 Dr. Jannie memperoleh ijazah sarjana muda dalam bidang fisiologi. Beliau melanjutkan pelajarannya ke peringkat sarjana dalam bidang farmakologi iaitu kajian tentang tindak balas ubat. Pada tahun 1969 Dr. Jannie bertemu jodoh dengan suaminya yang ketika itu sedang mengambil PhD di Australia. Apabila mereka kembali ke Singapura pada tahun 1971, Dr. Jannie bertugas sebagai pensyarah di Universiti Singapura. Kerjaya beliau berubah pada tahun 1973, apabila suaminya melanjutkan pelajaran semula dalam bidang perubatan. Dr. Jannie beralih tugas menjadi jurujual di Lee Chay & Company, sebuah syarikat jam tangan milik keluarga suaminya. 
         Beberapa tahun kemudian dia menguruskan cawangan syarikat itu di Colombo Court. Dr. Jannie menyimpan impian bagi memiliki butik jam tangannya sendiri. Impian itu tercapai pada tahun 1979 apabila beliau dan suaminya membuka The hour Glass, kedai mereka yang pertama di Lucky Plaza. Perniagaan itu berjaya dan berkembang daripada satu kedai menjadi sembilan buah kedai. Rangkaian butik yang mula bertapak di Singapura itu kemudian dibuka di beberapa negara lain. Pada tahun 1987, Dr. Jannie menceburi perniagaan baru dalam bidang hartanah di Golden Coast, Australia. Selama beberapa tahun, beliau membangunkan Oyster Cove iaitu projek pembangunan hotel, pusat peranginan, perumahan dan pusat perniagaan. 
         Pada tahun 2004, minat Dr. Jannie beralih kepada bidang makanan kesihatan dan beliau mula mengkaji cendawan lingzhi bersama pakar-pakar dari Negara China. Dengan latar belakang akademiknya dalam bidang farmakologi, Dr. Jannie dengan penuh yakin menceburi perniagaan baru itu dan membuka sebuah syarikat nutraseutikal, Scientific Tradition Pte. Ltd. Sehingga kini Dr. Jannie masih aktif dalam pelbagai perniagaan lain seperti restoran, koleksi seni dan antic. Selain suaminya, Dr. Henry Tay selaku pengerusi eksekutif, anak mereka, Michea Tay, turut menguruskan The Hour Glass . Dr. Jannie yang berjaya mencapai impiannya satu demi satu berpegang kuat kepada sikap positif dan yakin kepada diri sendiri. 
        Bagi memajukan dirinya, beliau tidak pernah berhenti belajar perkara-perkara baru di samping mengambil iktibar daripada kesilapan-kesilapan lalu yang pernah dilakukan. Sepanjang membina perniagaannya Dr. Jannie pernah melalui saat-saat getir dan ujian berat. Antaranya ketika baru menubuhkan The Hour Glass, anak beliau, Michelle yang pada masa itu beusia lapan tahun meninggal dunia. Tidak lama kemudian anaknya, Sabrina dilahirkan dengan pelbagai masalah kesihatan, antaranya rubella, mempunyai rekahan di langit-langit di dalam mulut dan jantung berlubang. Kekuatan minda dan sikap optimis Dr. Jannie menjadi pendorong dirinya supaya meneruskan kehidupan beliau dengan tabah. Kisah kehidupan Dr. Jannie ditulis Wong Wan Ling. Buku bertajuk Time To Live : Jannie Tay’s Journey itu diterbitkan pada tahun 2002. Kini ada usia 60-an, beliau banyak melakukan kerja-kerja amal. Dr. Jannie yang tinggal bersebelahan rumah dengan anak-anak gemar menghabiskan masa bersama cucu-cucunya.


         Saya memilih Dr.Jannie kerana beliau seorang yang tidak putus asa. Beliau telah menceburi pelbagai bidang perniagaan

No comments:

Post a Comment