Friday, 13 March 2015

Kisah Usahawan Yang Berjaya- Neeta Gosalia





Nama : Neeta Gosalia
Umur: 38
Syarikat : Neeta’s Herbal (M) Sdn Bhd

Neeta Gosalia lahir di dalam kelaurga yang menginginkan anak lelaki. Anak ketiga daripada enam adik beradik perempuan ini dilahirkan di dalam keluarga Gujerati yang konservatif dan menganggap anak perempuan adalah bencana. Ini kerana, masayarakat Gujerati di Kuala Pilih, Negeri Sembilan ketika itu berpegang kepada prinsip hanya anak lelaki yang mampu menjaga keluarga dengan baik. Tetapi hari ini, keluarga Gosalia amat dikagumi dengan kejayaan anak-anak perempuannya terutama Neeta, yang telah memulakan produk rambut herba dan pusat penjagaan kulit sendiri. 

Dengan 23 cawangan si seluruh Malaysia dan 10 cawangan di luar negara, Neeta tidak pernah bersikap tamak dengan kejayaannya tetapi dia turut membantu adik beradik perempuannya yang lain sehingga masing-masing mempunyai taraf kedudukan kewangan yang kukuh. Ternyata, disebalik perwatakan wanita India yang cantik memakai sari dan sederhana ini, tersimpan kebijaksanaan yang menjadikan beliau usahawan yang sangat dikagumi masyarakat. 

Kebolehan Neeta ini diakui sendiri oleh bapanya melalui interaksinya meyakinkan pelanggan untuk membeli barangan kemas di kedai barang milik bapanya. Ayah Neeta mengakui lagi bahawa beliau tidak pernah menyesal mempunyai kesemua anak perempuannya kerana dia mendidik anak-anaknya secekal anak lelaki. Bercerita mengenai idea untuk menghasilkan ramuan herba ini, Neeta mengimbas kembali bagaimana beliau sendiri mengalami masalah keguguran rambut yang serius semasa umurnya 17 tahun. 

Bagi wanita India, keadaan ini bukan sahaja memalukan malah menimbulkan perasaan trauma. Kehadirannya ke Kuala Lumpur untuk menyampung pengajian di Tingkatan Enam menemukan beliau dengan suaminya, Visvalingam. Walau mendapat tentangan hebat dari kedua belah keluarga kerana perbezaan Karma, mereka akhirnya disatukan sebagai suami isteri. Hasil dorongan suami, beliau berangkat ke India untuk mendapat bantuan Pakar herba tradiotional di sana. Dia mula menumbuk dan menggunakan herba yang diberikan oleh pakar tersebut. Selepas sebulan, rambutnya mula tumbur dengan sihat dan ini menimbulkan minat yang mendalam pada dirinya untuk terus mengkaji herba tersebut. 

Dengan bantuan kewangan daripada suaminya, neeta mendaftar untuk kursus selama tiga tahun di Kolej Ayurveda di India. Setelah kembali ke Malaysia, dia dan Visvalingam membuka Neeta Herba di Brickfields, Kuala Lumpur. Neeta ketika itu baru berumur 21 tahun. Dua tahun pertama pembukaan Neeta’s Herbal, mereka hampir menutup perniagaan tersebut kerana tidak ramai yang menyedari keberkesanan produk ini. Kos untuk melalukan pemasaran ketika itu juga adalah tinggi. Wanita ini sungguh bernasib baik. Kehadirannya dalam Rancangan Nona yang disiarkan stesen penyiran ternama, TV3 telah melonjakkan nama Neeta’s herbal. Dari situ, Neeta dan suami menyedari betapa pentingnya pelan pemasaran yang baik bagi memastikan produk mereka dikenali. Semenjak itu, Neeta’s Herbal tidak pernah menoleh ke belakang lagi. 

Menjelang tahun 1991, Neeta dan suaminya memutuskan untuk mengembangkan perniagaan dengan membekalkan produk mereka ke kedai-kedai terpilih di di negara ini. Neeta seterusnya berjaya menembusi pasaran Amerika Syarikat dan United Kingdom dan membuka beberapa outlet di sana. Pada tahun 2007, sebuah outlet berjaya pula di buka di Hyderabad, India. Disebalik kejayaan ini, pastinya dorongan keluarga yang tidak terhingga menjadi tonggak utama bagi Neeta. 

Neeta kini bahagia bersama suami dan tiga anaknya dan jika ditaanya mengenai rahsia kejayaanya, dia menjawab, ‘Kejayaan di dalam perniagaan bukan hanya dikira berapa jumlah wang yang kamu perolehi atau sebesar mana perniagaan yang kamu miliki, tetapi bagi saya ia adalah mengenai keluarga yang sentiasa menyokong dan mempercayai kebolehan saya”


No comments:

Post a Comment