Biodata
Nama:
Tan Sri Tony Fernandes
Umur:
51 tahun
Tarikh lahir:
30 April 1964
Asal:
Kuala Lumpur
Jawatan:
Pengasas dan pengerusi Air Asia
Sebab-sebab saya
memilih usahawan ini:
Saya memilih Tan
Sri kerana kisah hidup atau pengalaman Tan Sri yang menarik. Tan Sri
menggunakan RM 1 untuk mengambilkan syarikat penerbangan yang berhutang banyak
dan mempunyai rekod yang buruk. Pada masa berkenaan, banyak pakar
mempertimbangkan rancangan perniagaan Tan Sri yang menawarkan tiket yang harga
rendah ( low cost) ialah perniagaan yang tidak berjaya dan rugi. Tetapi,
Tan Sri tidak peduli andaian yang diberikan oleh pakar dan meneruskan konsep
Tan Sri yang ingin membantu golongan yang tidak mampu membeli tiket kapal terbang
yang mahal. Akhirnya, Tan Sri telah menunaikan impian iaitu semua orang boleh
terbang sekarang ( Now everyone can fly).
Latar Belakang
Tony Fernandes yang kini berusia 51 tahun, dilahirkan
pada 30 April 1964 kepada suatu keluarga campuran Portugis Goa (India)
dan Portugis Melaka. Bapa beliau bernama Dr. Stephen Edward Fernandes dan
Ibu beliau, Ena Dorothy Fernandez. Semasa kecil beliau kerap kali mengikuti
ibunya, seorang peniaga kecil kecilan, ke majlis-majlis para peniaga
tupperware. Dalam usia 13 tahun beliau melanjutkan persekolahan di
England pada tahun 1977 dan seterusnya lulus di London School of Economics pada tahun 1987.
Beliau mulai alam pekerjaan di Virgin Atlantic sebagai auditor, kemudian sebagai kontroller kewangan
di sebuah syarikat dimiliki oleh Richard Branson, iaitu Virgin Record sehingga
1989.
Sekembalinya ke Malaysia beliau dilantik sebagai pengarah urusan Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd. Sewaktu bertugas di syarikat
ini beliau berjaya mencetus suatu ‘revolusi’ dalam muzik etnik, nasyid dan dangdut ke dalam
arus perdana muzik tanah air. Beliau
berkhidmat dalam kumpulan ini dari 1992 sehingga 2001, akhir sekali memegang
jawatan vice presiden kumpulan bagi kawasan Asia Tenggara.
Air Asia
Apa yang amat menarik tentang biografi Dato’ Tony ialah
penglibatan beliau sebagai penggerak utama dalam penubuhan dan operasi
Air Asia, syarikat penerbangan tambang murah yang paling berjaya di
Asia. Bermula dengan dua buah kapal terbang Boeing 737 yang usang
tatkala masih dimiliki kerajaan, kini kumpulan Air Asia yang diterajui
Tony Fernandes sejak tahun 2001 telah maju dari setapak ke setapak
sehingga kini memiliki 62 buah kapal terbang dalam perkhidmatan dan 277 buah
lagi dalam pesanan. Setelah kesemua kapal terbang ini beroperasi nanti, ini
mungkin menjadikan kumpulan penerbangan Air Asia sebagai kumpulan penerbangan
tambang murah yang terbesar di dunia.
Kini kumpulan Air Asia berkhidmat melalui 142 laluan
dan 78 destinasi dengan sejumlah 400 penerbangan sehari di Asia,
dan juga ke Australia dan Eropah.
Dalam tahun 2011, Air Asia telah menerbangkan sejumlah 30 juta penumpang dari pelbagai negara.
Jati diri Tony Fernandes
Kejayaan luar biasa selalunya di hasilkan oleh
seseorang yang juga mempunyai peribadi yang luar biasa yang membantu
dalam setiap langkah yang dilalui. Pertama sekali ialah
wujudnya minat untuk berniaga yang perlu untuk mendorong seseorang ke arah itu.
Dalam diri Tony Fernandes, beliau banyak dipengaruhi oleh ibu beliau yang
aktif dalam menjual tupperware ke serata tanah air. Bagi Tony, ibu beliau
adalah seorang wanita yang mengagumkan kerana kemampuannya yang luar
biasa dalam menjual barangan kepada sesiapa sahaja. Justeru itu beliau
banyak belajar dari peribadi ibu beliau yang ternyata begitu penting dikala
mengharungi alam perniagaan.Bapa beliau, Dr Stephen Edward Fernandes,
sebaliknya amat berbeza daripada peribadi ibunya. Dr. Fernandes memiliki
sebuah klinik, tetapi tanpa
keuntungan kerana terlalu bermurah hati kepada setiap pesakit sehingga
kerap kali memberi perkhidmatan dan ubat secara percuma. Tony
sungguh tidak terpikat dengan cara bapa beliau berniaga.
Pada sekilas pandang memang ada ciri ciri yang
serupa di antara Tony dengan ayah beliau. Jika ayah beliau memberi
keistimewaan kepada pesakit yang miskin, Tony juga memberi fokus kepada rakyat
yang kurang mampu untuk membeli tiket penerbangan biasa. Tetapi bezanya, jika
ayah beliau membantu pesakit dengan tujuan mengurangkan bebanan mereka, sehingga
mengorbankan keuntungan, Tony juga
membantu rakyat yang tidak mampu membeli tiket kapal terbang, tetapi beliau
tetap terikat dengan prinsip perniagaan berasas keuntungan dan
lestari ( berkekalan).
Kemampuan beliau berkomunikasi, mempengaruhi orang dan semangat
yang kental amat mengagumkan dan merupakan satu ciri yang diwarisi dari ibu
beliau. Selain itu zaman persekolahan dalam usia yang sangat muda (umur
13 tahun) di sekolah berasrama di England, juga memberi kesan yang
mendalam kepada peribadi beliau. Di sana, berjauhan dari keluarga dan
kampung halaman, membentuk nilai teras dalam peribadi beliau, terutama
kemampuan berkomunikasi dan berdikari dalam apa jua suasana.
Ibu beliau meninggal sewaktu Tony hanya berusia 15 tahun
meninggal kesan yang mendalam kepada beliau. Ia meninggalkan kekosongan dalam
hidup dan membantu dalam membentuk peribadi yang cekal dan mampu
berdikari di mana sahaja.
Jika di lihat dari segi kecenderungan usahawan mengambil
risiko, Tony adalah contoh yang amat ekstrim. Beliau adalah seorang yang
nampaknya hyperactive begitu fokus dalam
melaksanakan perkara yang beliau minati, sehingga sanggup menggadai apa sahaja
yang beliau miliki walaupun masih jauh daripada mencukupi sebagai modal
syarikat. Mungkin ini bukan suatu perkara yang menghairankan, jika yang
diminati itu matlamat yang biasa, tetapi untuk memiliki sebuah syarikat
penerbangan sudah tentu bukanlah sesuatu dalam jangkaan untuk seorang yang
tidak memiliki modal yang cukup dan hanya berbekalkan minat dan semangat
yang kental.
Sungguhpun demikian adalah kurang tepat menyatakan yang Tony
bersikap reckless dalam membuat sesuatu pertimbangan kerana
beliau tetap mementingkan soal keuntungan. Malah beliau amat yakin
kepada soal potensi pertumbuhan yang tinggi dalam industri penerbangan di
Asia sebelum menceburi sektor tersebut.
Bagi menentukan kejayaan,
sikap beliau yang fokus kepada sesuatu projek adalah suatu ciri
yang tepat dan dapat membantu mengurangkan risiko. Beliau berkata, ” Saya
bukanlah seseorang yang suka memulakan dua puluh benda dan kemudian
berharap tiga akan berjaya. Saya lebih berminat memulakan dua atau tiga dan
tentukan ia berjaya, kemudian laksanakan usaha seterusnya”. Sikap ini biasa
kita nampak ada pada usahawan terkemuka seperti Tan Sri Syed Mokhtar, Mydin,
Tan Sri Azman Hashim, Tan Sri Teh Hong Piow
di tanah air kita dan usahawan usahawan seperti pengasas Microsoft, Apple, Facebook, Ford Motor Company, Honda Motors dan banyak lagi di arena global.
Cara cara Tony menempuhi Halangan
Kemampuan berkomunikasi timbul daripada personaliti yang yang
mempunyai keyakinan diri yang tinggi yang di asah semasa belajar dan berkhidmat
di England dan di Kuala Lumpur. Selain itu beliau juga
menunjukkan sikap minima ego dan bersedia forgive and
forget yang membolehkan beliau membuat
pertimbangan yang terbaik untuk syarikat dalam sesuatu waktu. Misalnya
dalam berurusan dengan Kerajaan Singapura untuk mendapat kebenaran mendarat di
sana beliau telah berhadapan dengan rintangan demi rintangan yang
berlarutan, yang biasanya melunturkan semangat orang biasa. Walaupun demikian
beliau masih boleh lagi berinteraksi dengan pegawai-pegawai kerajaan
Singapura dengan baik, sambil menganggap detik-detik pahit yang
dilalui hanya sebagai cabaran dalam mengembangkan laluan Air Asia. Kini
Air Asia mengadakan 26 penerbangan pergi balik dari Kuala Lumpur ke Singapura
sehari.
Sebelum itu, cabaran yang pertama beliau lalui timbul dari
sikap masyarakat perniagaan Malaysia sendiri yang bersikap sinikal
terhadap rancangan beliau menubuhkan syarikat penerbangan. Perkara ini tidak
melunturkan semangat beliau, malah dengan pantas, melalui Dato’ Pahamin Rajab,
belia berjaya meyakinkan Tun Mahathir, Perdana Menteri ketika itu, untuk
meluluskan rancangan beliau, mulai dengan cara mengambil alih syarikat
penerbangan Air Asia, sebuah syarikat yang nyata gagal dan dimiliki oleh
kerajaan.
Setelah mulai berjaya dengan syarikat Air Asia, beliau
mengalih fokus untuk menjadikan Lapangan Terbang Subang sebagai hub penerbangan
tambang murah di rantau Asean. Beliau tahu ini satu perkara yang amat sukar
diterima kerajaan kerana negara perlu mengukuhkan kedudukan KLIA yang baharu
sahaja siap diketika itu. Tetapi Tony never takes no for an answer. Beliau
menggunakan media massa untuk mempengaruhi masyarakat dan kerajaan. Akhirnya
kerajaan bertegas menolak cadangan Air Asia demi kepentingan negara, tetapi
dalam proses ini Tony berjaya mendapat laluan laluan udara yang baru serta
mendapat LCCT yang baru di KLIA dengan kadar tariff yang berdiskaun. Ini
membantu Air Asia mengukuhkan daya saing ketika berhadapan dengan
Malaysia Airlines dan syarikat syarikat penerbangan yang lain.
Demikian juga Tony menempuhi beberapa cabaran dalam usaha
mendapat hak mendarat di lapangan terbang Bangkok, Jakarta, Hong Kong dan
banyak lagi sama ada di Asia ataupun atau benua-benua lain. Namun
nampaknya pengalaman di Singapura yang paling mencabar.
Mengikut buku The Air Asia Story ditulis oleh Sen Ze dan
Jayne Ng, bagi Tony, kualiti seorang Usahawan yang paling penting ialah kecekalan
atau dalam Bahasa Inggeris willing to never take no for an answer. Bagi
Tony, “Berpeganglah dengan keyakinan anda. Jika anda terlalu mendengar kata
orang lain, anda tidak mungkin dapat memulakan sesuatu. Sebab itulah
mereka tidak menjadi usahawan. Orang yang memberi nasihat itu
bukanlah usahawan. Jika tidak, sudah tentu mereka melaksanakan sendiri. Kita
hanya perlu yakin dan laksanakannya”
Akhir sekali, anda jangan lupa peranan pendidikan dalam
membantu Tony dalam menjayakan kerjayanya. Beliau adalah seorang Fellow Member
of Association of Chartered and Certified Accountants (ACCA) dan berkelulusan
dari London
School of Economics
Artikel lain yang menarik :
1.http://amazingnara.com/kisah-inspirasi-jutawan-tony-fernandes
2.http://www.usahawan.com/strategi-bisnes/rahsia-kejayaan-air-asia.html
3. http://www.thestar.com.my/Business/Business-News/2013/12/28/Tan-Sri-Tony-Fernandes-Founder-and-Group-CEO-of-AirAsia-Bhd/
4. http://www.philstar.com/business-life/2013/12/16/1268045/12-success-strategies-airasia-boss-tony-fernandes
5. http://www.sinarharian.com.my/airasia-tawar-promosi-hingga-rm14-1.237392
Sumber:
1. http://malaysianreview.com/26915/sejarah-penubuhan-airasia-diceritakan-oleh-tony-fernandes
2.http://dahalmi.wordpress.com/2012/08/15/tony-fernandes-dan-air-asia/
3. http://www.majalahniaga.com/strategi-bisnes-tony-fernandes-membangunkan-airasia.html
1.http://amazingnara.com/kisah-inspirasi-jutawan-tony-fernandes
2.http://www.usahawan.com/strategi-bisnes/rahsia-kejayaan-air-asia.html
3. http://www.thestar.com.my/Business/Business-News/2013/12/28/Tan-Sri-Tony-Fernandes-Founder-and-Group-CEO-of-AirAsia-Bhd/
4. http://www.philstar.com/business-life/2013/12/16/1268045/12-success-strategies-airasia-boss-tony-fernandes
5. http://www.sinarharian.com.my/airasia-tawar-promosi-hingga-rm14-1.237392
Sumber:
1. http://malaysianreview.com/26915/sejarah-penubuhan-airasia-diceritakan-oleh-tony-fernandes
2.http://dahalmi.wordpress.com/2012/08/15/tony-fernandes-dan-air-asia/
3. http://www.majalahniaga.com/strategi-bisnes-tony-fernandes-membangunkan-airasia.html